Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Alumni UiTM Faradina Mohd Nadzir (Dina Nadzir) Meriahkan Rakaman Podcast Zaman Now di PTAR

Shah Alam, 18 Oktober 2024 | 15 Rabiulakhir 1446H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), menerima kunjungan istimewa daripada Faradina Mohd Nadzir, atau lebih dikenali sebagai Dina Nadzir, seorang penyanyi, penyampai radio, pelakon, pengacara dan usahawanita terkenal tanah air. Dina merupakan alumni Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM, graduan tahun 2003.

Kehadiran Dina adalah bersempena rakaman siri podcast Zaman Now yang dianjurkan oleh Persekutuan Alumni UiTM. Turut sama meraikan kunjungan beliau ialah Ketua Pustakawan UiTM, Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, yang berkesempatan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan perpustakaan serta mempamerkan Koleksi Khas Jawi yang menjadi antara khazanah istimewa PTAR.

Dalam sesi tersebut, Dina berkongsi pelbagai kenangan sewaktu menuntut di UiTM, termasuk pengalaman awal beliau menceburi industri muzik tanah air ketika masih bergelar mahasiswa. Rakaman penuh perkongsian tersebut akan dapat dinikmati dalam siri podcast Zaman Now yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Tags: ,