Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Menyemarak Budaya Ilmu : Program 1 Staf 1 Buku

Johor, 27 Februari 2026 – Book Review telah diadakan bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang secara alam maya melalui Google Meet dengan kehadiran seramai 87 orang peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan staf melalui analisis dan ulasan buku yang dibaca, di samping menggalakkan budaya perkongsian ilmu agar manfaat pembacaan dapat dikongsi bersama warga perpustakaan.

Alhamdulillah, program berlangsung dengan lancar serta diserikan dengan penyertaan aktif dan perbincangan yang membina. Semoga amalan membaca dan berkongsi ilmu terus menjadi budaya dalam organisasi. 📖✨


Tags: ,