Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Sabtu, 28 Jamadil-Awwal 1446
Sabtu, 30 November 2024

Library News

Kecerdasan Buatan (AI) : Cabaran & Impak Terhadap Komunikasi Strategik

27 Jun 2024

Pelajar Sarjana Pengajian Perang Saraf Media Dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak berjaya menganjurkan program Kecerdasan Buatan (AI) : Cabaran & Impak Terhadap Komunikasi Strategik Hasrat program dialog intelek ini untuk mewujudkan interaksi bersama dengan pakar bagi membincangkan isu-isu perang saraf di Malaysia dari aspek komunikasi strategi yang berkesan daripada perspektif media dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan perkembangan teknologi, etika, cabaran, pelaksanaan, kecekapan dan kreativiti dalam penyampaian mesej berkesan. Jemputan panel adalah Encik Ally Iskandar, Penerbit Eksekutif, Pengurus Omnia Academy, Media Prima dan Encik Azad Khan, Penolong Pengarah, Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia serta dimudahcara oleh Saudara Muhammad Amirul Abrar Abdullah, Pelajar Sarjana Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi. Wacana ini turut dihadiri Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, pelajar dan alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Ketua Pustakawan turut memperkenalkan Koleksi Khas Jawi yang sedang dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak dan pameran Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM. Semoga sesi intelektual ini akan meraikan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga mahasiswa UiTM.

 

 

Tags:

Please publish modules in offcanvas position.