Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Wacana Ilmu : Adab dan Budaya Melayu

 

WACANA ILMU: KEPENTINGAN ADAB DAN BUDAYA MELAYU DALAM MEMBENTUK JATI DIRI WARGA UNIVERSITI

Puncak Alam, 26 Disember 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor akan menganjurkan Wacana Ilmu yang membincangkan kepentingan Adab dan Budaya Melayu dalam membentuk jati diri warga universiti, khususnya dalam menghadapi cabaran era moden dan digital.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman serta penghayatan nilai-nilai adab dan budaya Melayu sebagai teras pembinaan sahsiah, identiti dan keperibadian warga UiTM agar kekal berakar pada nilai murni seiring dengan perkembangan teknologi dan globalisasi.

Wacana ilmu ini akan menampilkan En. Muhammad Mohktar Samat, SMP, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa, UiTM Cawangan Pahang sebagai panel jemputan. Sesi perbincangan akan dimoderatorkan oleh En. Amir Muhamad Shafie, Pustakawan, UiTM Cawangan Selangor.

Program ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh: Jumaat, 26 Disember 2025

  • Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi

  • Platform: YouTube Rasmi PTARUCS

Program ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Rasmi PTARUCS, dan seluruh warga UiTM serta masyarakat umum dijemput untuk menyertai sesi perkongsian ilmu ini.

Melalui penganjuran wacana ini, PTAR berharap agar warga universiti dapat menghayati serta mengamalkan nilai adab dan budaya Melayu sebagai asas pembentukan sahsiah dan identiti unggul dalam kehidupan akademik dan profesional.