PROGRAM TELAAH: RESENSI BUKU BERSAMA PENTADBIR@IQRA’ CORNER – SIRI 3
“55 Petua Seronok Bekerja”
Puncak Alam – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Program Telaah: Resensi Buku Bersama Pentadbir@Iqra’ Corner – Siri 3 yang menampilkan buku “55 Petua Seronok Bekerja” hasil penulisan Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Fadzli Yusof.
Buku ini mengetengahkan idea-idea praktikal dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih ceria, harmoni dan produktif tanpa mengabaikan amanah serta etika kerja. Perbincangan turut merangkumi aspek pengurusan diri, kemahiran komunikasi dan pembinaan pasukan kerja yang positif bagi meningkatkan motivasi harian warga kerja.
Program ini telah menampilkan Pn. Siti Zulaila Omar, Pegawai Eksekutif Kanan, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UiTM Kampus Puncak Alam sebagai panel wacana. Sesi perbincangan dikemudi oleh Saudari Nurmujahidah Najwa, Pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Selangor.
Program Siri 3 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 2,346 orang peserta, terdiri daripada 2,067 orang pelajar, 64 orang staf UiTM dan 9 orang awam yang mengikuti program ini melalui siaran langsung di saluran YouTube Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor.
Program ini telah berlangsung di Iqra’ Corner, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Kampus Puncak Alam, yang merupakan pemenang tempat ketiga Pertandingan Iqra’ Corner UiTM Cawangan Selangor Tahun 2024.
Melalui penganjuran Program Telaah ini, PTAR berharap agar budaya membaca, perkongsian ilmu serta amalan kerja yang positif dapat terus diperkasakan dalam kalangan warga UiTM.
Sekian.
