Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk / Datin / Professor / Prof. Madya / Dr / Tuan dan Puan,
JEMPUTAN PROGRAM SEMBANG SANTAI "PODCAST: PERPUSTAKAAN SELAMANYA?"
Adakah perpustakaan masih relevan dalam era kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan ledakan maklumat tanpa sempadan? Atau adakah perpustakaan akan kekal menjadi nadi ilmu untuk generasi akan datang?
Jom sertai siaran langsung Podcast "Perpustakaan Selamanya?" sempena Festival Budaya Ilmu 2026. Sebuah podcast yang membincangkan perihal KEPUSTAKAWANAN berkaitan peranan, cabaran dan masa depan perpustakaan dalam dunia yang semakin berkembang pesat bersama panel jemputan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan maklumat dan perpustakaan.
📅 Tarikh : 18 Jun 2026 | Khamis
🕤 Masa : 2.30 petang
📺Siaran Langsung :
🎙️ Panel Jemputan
🔹 Encik Norhazlan bin Nordin
(Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka)
🔹 Encik Ahmad Nazri bin Jaafar
(Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP), PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin)
🎙️ Moderator
🔸 Saudara Aaron Hakimy bin Mohd Nizam (SMF FPA)
🔸 Saudara Muhammad Ikhwan bin Shabudin (SMF FPA)
🔗 Anjuran :
Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
🔗 Dengan kerjasama :
Sekretariat Mahasiswa
Fakulti Perladangan & Agroteknologi
UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
Jangan lupa saksikan PODCAST 🎙️🎙️🎙️ini!!!
Semua dijemput hadir
🪄Jam latihan disediakan
#FestivalBudayaIlmu2026 #PTARUiTMMelaka #PodcastPTAR #PerpustakaanSelamanya #BudayaIlmu #LibraryFuture #UiTMCawanganMelaka #PerpustakaanDigital #AIdanPerpustakaan

