Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Bicara Ilmu LGBTQ : Perspektif dari segi Agama, Kesihatan, Undang-Undang dan Psikologi

Asslamualaikum.W.B.T
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku

📚 Bicara Ilmu LGBTQ : Perspektif dari segi Agama, Kesihatan, Undang-Undang dan Psikologi 📚
 
Ayuh sertai kami di dalam program Bicara Ilmu LGBTQ: Perspektif dari segi  agama, kesihatan, undang-undang dan psikologi yang memberi pendedahan ilmiah, meningkatkan kefahaman serta membuka ruang perbincangan secara matang, berfakta dan beretika berkaitan isu LGBTQ daripada pelbagai sudut pandang.

Program ini diadakan secara hibrid iaitu di LCE Level 2 PTAR dan juga secara langsung di Youtube PTAR Cawangan Perak

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 13 Januari 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
📍Tempat: LCE Level 2 PTAR

Program akan menampilkan moderator dan panel jemputan khas yang berpengalaman dalam menyampaikan topik LGBTQ kepada mahasiswa dan mahasiswi sekalian. 

Moderator Jemputan:
Encik Mohd Amirul Azdi bin Mohd Isa
(Pegawai Psikologi Kanan)

Panel Jemputan:
1. Encik Shahril Nizam bin Zulkipli
(Koordinator ACIS)   

2. Dr Norhidayu binti Kamisan
(Pegawai Perubatan)

3. Cik Nurul Izzati binti Md Rashid
(Pensyarah Undang-Undang)

4. Puan Izuani Binti Ismail
(Pegawai Psikologi Kanan)

 

🎥Siaran langsung di YouTube PTAR Cawangan Perak :

https://youtube.com/live/A9RAWrwJWvE?feature=share                                                                                    

📌 E-merit disediakan kepada mahasiswa UiTM yang hadir.
📌 Jam latihan akan diberikan kepada staf UiTM.
📌 Semua warga UiTM dijemput hadir untuk memeriahkan program.

 Kehadiran anda semua amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM BICARA ILMU LGBTQ: PERSPEKTIF DARI SEGI AGAMA, KESIHATAN,UNDANG-UNDANG, PSIKOLOGI  
ANJURAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK KAMPUS TAPAH
SESI 2025/2026