Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang menjemput semua warga untuk mengikuti sesi Bicara Buku Bersama Penulis.
Bersempena dengan permulaan tahun baharu, kita akan mengupas buku Falsafah dan Isu Semasa, sebuah karya pemenang Anugerah Buku Negara 2024–2025 yang mengajak kita menilai semula cara berfikir, nilai diri serta hala tuju kehidupan dalam menetapkan azam yang lebih bermakna dan berfokus.
Kemudi :
Siti Nur Maisarah binti Mohd Nadzari
Pelajar Praktikal, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang
Wacana :
Prof. Madya Dr. Norhapizah binti Mohd Burhan
Koordinator Prasiswazah,
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
UiTM Cawangan Pahang
Tarikh : 27 Januari 2026 | Selasa
Masa : 3.00 petang
Platform YouTube Link : Tonton Live
Jam latihan disediakan bagi warga UiTM
Jom sama-sama menghayati dan merenungi mesej dalam karya yang diiktiraf di peringkat nasional ini, kerana cabaran kehidupan sering bermula daripada cara kita berfikir dan memahami diri sendiri.
