{"id":8392,"date":"2023-02-16T06:21:30","date_gmt":"2023-02-16T06:21:30","guid":{"rendered":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/?p=8392"},"modified":"2023-03-29T07:16:48","modified_gmt":"2023-03-29T07:16:48","slug":"coffee-talk-with-rozie-ctwr-bersiaran-di-ruang-media-ptar-shah-alam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/2023\/02\/16\/coffee-talk-with-rozie-ctwr-bersiaran-di-ruang-media-ptar-shah-alam\/","title":{"rendered":"Coffee Talk With Rozie (CTWR) Bersiaran Di Ruang Media, PTAR Shah Alam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shah Alam, 16 Februari 2023 &#8211;&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/live\/BSImUOj8zgg?feature=share\"><strong>Coffee Talk With Rozie (CTWR) tahun 2023<\/strong><\/a>&nbsp;telah membuka tirainya&nbsp; apabila buat pertama kali telah bersiaran secara langsung di Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">CTWR merupakan sebuah&nbsp; rancangan bual bicara informasi yang dihoskan oleh Naib Canselor UiTM Prof. Ts. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor,&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program CTWR kali ini telah mengundang Penolong Naib Canselor (Strategi) Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad bagi mengupas lebih lanjut berkenaan topik &#8220;The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023&#8221;.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai peneraju Bahagian Transformasi Universiti (BTU), Prof. Ts. Dr. Nor Hayati&nbsp;telah menerangkan secara ringkas dan padat tentang peranan BTU sebagai bahagian yang mengurus dan memantau Pelan Strategik UiTM 2025 keseluruhannya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelan Strategik UiTM 2025 yang telah dilancarkan&nbsp;pada 6 Februari 2020&nbsp;bermatlamat menjadikan UiTM sebagai Universiti Tersohor tahun 2025. Justeru, peranan BTU amat penting bagi memudahcara Pengarah Peneraju Universiti menggerakkan Petunjuk&nbsp; Prestasi Utama (Key Perfomance Indicator-KPI) dan Petunjuk Prestasi (Performance Indicator-PI) di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) universiti.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat&nbsp;&nbsp;50 PTJ yang terdiri daripada 23 fakulti dan kolej pengajian, 13 kampus negeri dan 14 Pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence-COE) terlibat secara langsung dalam menggerakkan KPI dan PI universiti.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambah Prof. Ts. Dr. Nor Hayati lagi, setiap warga universiti mempunyai fungsi masing-masing berpandukan misi dan visi universiti. Projek-projek inisiatif yang bersasar telah dirancang, dinilai dan digerakkan bersama-sama PTJ yang terlibat. Agihan sasaran pencapaian ialah berdasarkan formula kekuatan PTJ dan polisi semasa disamping sesi libat urus, komunikasi yang berkesan&nbsp; dan&nbsp; sokongan berterusan agar matlamat utama universiti tercapai.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak lagi perkongsian menarik oleh Prof. Ts. Dr. Nor Hayati&nbsp;termasuklah strategi BTU mengurus dan menggerakkan keseluruhan PTJ, pengurusan data&nbsp;penting universiti, penghasilan pelaporan pencapaian universiti, pencapaian UiTM tahun 2022, fokus tahun 2023, perancangan BTU dan tindakan penambahbaikan yang harus difahami oleh seluruh warga UiTM.&nbsp; &nbsp; &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program CTWR turut menayangkan montaj aktiviti-aktiviti berimpak UiTM di seluruh negara. Pada siaran kali ini, CTWR telah menayangkan aktiviti UiTM cawangan Kelantan iaitu Ladang Nenas Bukit Ilmu dan produk Batik Kemuning.&nbsp;Selain itu, montaj&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/live\/BSImUOj8zgg?feature=share\"><strong>UiTM Gifts<\/strong><\/a>&nbsp;oleh Pejabat Naib Canselor&nbsp;dan perkhidmatan digital Better Talk&nbsp;oleh Pusat Kerjaya &amp; Kaunseling UiTM&nbsp;turut dipaparkan sebagai kandungan CTWR kali ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya, CTWR telah mengundang&nbsp;<em>Worlds Most Highly Cited Researcher for Five Consecutive Years<\/em>&nbsp;Prof. Dr. Biswajeet Pradhan. Beliau merupakan&nbsp;<em>founding director of Centre for Advanced Modelling and Geo-spatial Information Systems (CAMGIS)<\/em>di&nbsp;<em>University of Technology Sydney, Australia<\/em><em>.<\/em>&nbsp;Mempunyai latarbelakang yang amat menarik dalam penyelidikan dan penerbitan,&nbsp;Prof. Dr. Biswajeet&nbsp;telah berkongsi pandangan beliau tentang penyelidikan Geospatial, pengurusan masa sebagai penyelidik dan pensyarah dan pandangan peribadi beliau mengenai UiTM.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buku CTWR 2022 berjudul&nbsp;<em>Coffee Talk With Rozie at the Forefront of Internalising the Global Goals<\/em>&nbsp;turut dilancarkan oleh Naib Canselor UiTM. Kandungan utama buku ini ialah tentang isu SDG yang dibicarakan pada 12 episod CTWR tahun lalu.&nbsp;Buku CTWR&nbsp;ini akan diedarkan secara fizikal kepada semua PTJ UiTM disamping boleh dilayari secara&nbsp;<a href=\"https:\/\/online.fliphtml5.com\/nhtyi\/nnjc\/#p=1\"><strong>digital<\/strong><\/a>. Beliau turut mengumumkan lima naskhah buku CTWR akan diserah kepada PTAR selepas tamat siaran langsung CTWR pada hari ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum CTWR berakhir, Naib Canselor UiTM telah merakamkan ucapan tahniah buat PTAR atas pencapaian Top 60 Ranking Web Of Repositories bagi edisi ke-15 Transparent Ranking Institutional Repositories oleh Google Scholar.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk tidak melepaskan peluang, Prof. Ts. Datuk Dr. Roziah&nbsp;telah menandatangani plak program CTWR episod 1\/2023 di Ruang Media, PTAR Shah Alam sebagai tanda kenang-kenangan. Program CTWR kali ini turut merekodkan jumlah tontonan tertinggi sehingga 1,100 orang penonton semasa program ini berlangsung.&nbsp; &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Warga PTAR amat berbesar hati dan merakamkan setinggi penghargaan atas sokongan Naib Canselor UiTM terhadap PTAR selama ini.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Shah Alam, 16 Februari 2023 &#8211;&nbsp;Coffee Talk With Rozie (CTWR) tahun 2023&nbsp;telah membuka tirainya&nbsp; apabila buat pertama kali telah bersiaran secara langsung di Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)&#8230;.<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[317,127],"tags":[],"class_list":["post-8392","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-coffee-talk","category-ptar-shah-alam"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8392","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8392"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8392\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8505,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8392\/revisions\/8505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8392"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8392"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8392"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}