{"id":33061,"date":"2026-07-22T13:59:15","date_gmt":"2026-07-22T05:59:15","guid":{"rendered":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/?p=33061"},"modified":"2026-07-22T14:07:35","modified_gmt":"2026-07-22T06:07:35","slug":"sumbangan-200-naskhah-buku-perkukuh-koleksi-ptar-alam-bina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/2026\/07\/22\/sumbangan-200-naskhah-buku-perkukuh-koleksi-ptar-alam-bina\/","title":{"rendered":"Sumbangan 200 Naskhah Buku Perkukuh Koleksi PTAR Alam Bina"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">21 Julai 2026 &#8211; PTAR Alam Bina menerima sumbangan sebanyak 200 naskhah buku dalam bidang Seni Bina Landskap, Pengurusan Taman dan Alam Sekitar daripada Puan Kamariyah binti Kamsah, mantan pensyarah Fakulti Perancangan dan Ukur (kini Fakulti Alam Bina), dalam satu sesi penyerahan ringkas yang berlangsung di kediaman beliau di Subang Jaya, Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Koleksi buku tersebut telah diserahkan kepada Ketua Perpustakaan PTAR Alam Bina, Puan Hanani binti Rojikin dan Puan Nor Azini binti Azman, Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai usaha memperkayakan koleksi rujukan akademik khususnya dalam bidang Alam Bina, sekali gus memberi manfaat kepada warga universiti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Puan Kamariyah, sumbangan ini merupakan satu bentuk perkongsian ilmu dan legasi akademik yang amat bermakna. Beliau berharap koleksi tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar, pensyarah dan penyelidik dalam menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suasana penyerahan yang berlangsung secara sederhana itu turut menyentuh emosi Puan Kamariyah. Beliau mengakui berasa sebak dan terharu apabila melihat kenderaan rasmi UiTM tiba di kediamannya untuk mengambil koleksi buku yang disumbangkan. Kehadiran logo UiTM membangkitkan semula kenangan sepanjang beliau berkhidmat sebagai pensyarah dan mengingatkan beliau kepada institusi yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya. Menurut beliau, walaupun telah bersara, UiTM sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati, dan beliau bersyukur kerana masih berpeluang menyumbang kepada pembangunan ilmu melalui koleksi buku yang dihadiahkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PTAR Alam Bina merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Kamariyah Kamsah atas sumbangan yang amat bermakna ini. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memperkukuhkan koleksi perpustakaan, malah mencerminkan semangat perkongsian ilmu, keprihatinan serta kecintaan seorang mantan warga akademik terhadap institusi yang pernah menjadi tempat beliau mencurahkan bakti. Buku sumbangan ini telah diserahkan pula kepada Bahagian Sumber Rujukan Universiti bagi proses teknikal, agihan dan tindakan yang selanjutnya.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>&#8220;Ilmu yang dikongsi tidak akan berkurang, bahkan akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada generasi demi generasi.&#8221;<\/strong><\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>21 Julai 2026 &#8211; PTAR Alam Bina menerima sumbangan sebanyak 200 naskhah buku dalam bidang Seni Bina Landskap, Pengurusan Taman dan Alam Sekitar daripada Puan Kamariyah binti Kamsah, mantan pensyarah&#8230;.<\/p>\n","protected":false},"author":115,"featured_media":33063,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[156,1],"tags":[242],"class_list":["post-33061","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pab-shah-alam","category-puitm","tag-ptar-alam-bina"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33061","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/users\/115"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33061"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33061\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33073,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33061\/revisions\/33073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33061"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33061"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.uitm.edu.my\/iqra\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33061"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}