WORLD#QURANHOUR@PAB.

KHAMIS | 13 APRIL 2023

Program World#QuranHour telah diadakan di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan PTAR Kampus Raub.

Bertemakan “ Berinteraksi Dengan Al-Quran : Dunia dan Penyayang” Surah Al-Insan ( Manusia ) , Surah ke-76, ayat, Juzuk ke-29, Madaniyyah. Program ini diadakan secara fizikal dan maya yang telah dihadiri oleh warga UiTM Cawangan Pahang. Bacaan Surah Al-Insan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Faridzul Bin Fadzil Pegawai Eksekutif Kanan Uhei UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Selesai bacaan surah satu perkongsian tadabbur dan resolosi daripada surah Al-Insan bermula ayat 1 hingga 31disampaikan oleh Dr. Norhapizah Binti Mohd Burhan, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Pahang. Terima kasih kerana menyertai program ini.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply