Program Live@PTAR Segmen Bicara Ilmu – Pasca PhD: Pengalaman Fulbright Visiting Scholar & PostDoc

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Sains & Teknologi bersama Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR Segmen Bicara Ilmu – Pasca PhD: Pengalaman Fulbright Visiting Scholar & PostDoc pada 17 Mac 2023 (Jumaat) jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Objektif bagi program ini adalah bertujuan untuk:  

  1. Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan membaca. 
  2. Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan UiTM dengan usaha-usaha pembudayaan ilmu. 
  3. Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.

Program ilmiah ini dikongsikan oleh panel jemputan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kamaruddin yang merupakan Pensyarah Kanan Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media UiTM Shah Alam dan Dr. Ratna Zuarni Ramli yang merupakan Pensyarah Kanan Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Sesi ini adalah perkongsian pengalaman kedua-dua panel bagi program yang diikuti. Seramai 421 viewers hadir menyertai program ini yang bersiaran selama 1 jam 30 minit melalui plafform Youtube Perpustakaan UiTM.

Pautan Youtube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=MTSUOGdbjCw

Semoga program ini memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply