Bengkel Achieving Soaring Citations Among FPN Lecturers

1 Mac 2023, Rabu, Biro Penulisan dan Penerbitan dari Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Bengkel Achieving Soaring Citations Among FPN Lecturers bersama pensyarah dari Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Melaka. Bengkel dijalankan secara bersemuka di Bilik Kuliah KPP2, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari dengan penglibatan seramai 35 orang pensyarah.

Pada sesi kali ini, disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, dan dibantu oleh Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Objektif utama penganjuran adalah:

1. Membantu warga penyelidik UiTM mendaftar, menyemak dan mengemaskini profil penerbitan penyelidik

2. Meningkatkan ketampakan dan kebolehcapaian hasil penyelidikan

3. Memastikan hasil penyelidikan adalah dibawah akaun profil penyelidik

4. Memastikan penyelidik mempunyai afiliasi UiTM yang tepat

5. Membantu penyelidik mengakses maklumat citation dan h-indeks penyelidik

Semoga dengan adanya bengkel seperti ini, dapat mencapai objektif utama yang disasarkan seterusnya memberikan impak kepada visibility penyelidik serta pengurusan penerbitan UiTM Cawangan Melaka.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply