Bengkel Panduan Penyediaan Profil Penyelidik UiTM Cawangan Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan dengan kerjasama Unit Penulisan dan Penerbitan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menganjurkan Bengkel Panduan Penyediaan Profil Penyelidik pada 10 Januari 2022, Isnin, yang lalu. Bengkel tersebut telah berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 2.30 petang melalui platform Google Meet. Seramai 113 orang staf akademik UiTM Cawangan Terengganu dari ketiga-tiga kampus; Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi, telah menyertai bengkel ini bagi mendapatkan panduan menyediakan profil penyelidik pada Web of Science, Publons ID, SCOPUS, ORCID ID dan Google Scholar, seiring dengan keperluan universiti untuk meningkatkan ketampakan warga akademik universiti dalam penyelidikan.

Slot 1: Profil Penyelidik @ Web of Science & Publons ID
Slot 2: Profil Penyelidik @SCOPUS & ORCID ID
Slot 3: Profil Penyelidik @Google Scholar

Pengisian bengkel telah disampaikan oleh Pustakawan Rujukan UiTMCT:-

  • Panduan Penyediaan Profil Penyelidik @ Web of Science & Publons ID
    oleh Cik Asmahani binti Abdullah, Pustakawan Kanan
  • Panduan Penyediaan Profil Penyelidik @SCOPUS & ORCID ID
    oleh Encik Mohd Shahnizam bin Mat Zain, Pustakawan Kanan
  • Panduan Penyediaan Profil Penyelidik @Google Scholar
    oleh Cik Nurmaisari binti Che Anuar, Pustakawan

Turut hadir sebagai moderator ialah Dr Yunita binti Awang, Koordinator Unit Penulisan dan Penerbitan. Secara keseluruhannya bengkel ini telah mencapai objektif yang disasarkan. Maklumbalas daripada peserta juga amat positif. Inisiatif ini juga telah disokong penuh oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTMCT.

Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua seterusnya meningkatkan kecemerlangan universiti pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply