Tarikh: 30 November 2025 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Bersemuka
Tempat: Makmal Ibnu Safar, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Anjuran: Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.
Penglibatan: 27 orang
Pengisian:
Sesi 1 – Pengenalan Sistem Online Finding Archive (OFA)
Disampaikan oleh Cik Lailatul Akma Omar,Pembantu Pustakawan.
Sesi 2- Pegawai Rekod Jabatan & Pembantu Tadbir Rekod Jabatan UiTM Cawangan Terengganu – Peranan dan Tanggungjawab
Disampaikan oleh Puan Rohaida Yusuf,Pembantu Pustakawan Kanan.
Sesi 3 – UiTM Institutional Repository (IR)
Disampaikan oleh En. Ahmad Faiz Mohd Lazim, Juruteknik Komputer Kanan.
Sesi 4 – Pendigitalan Bahan Arkib
Disampaikan oleh En. Mohamad Hamyasha Yusof, Pembantu Pustakawan Kanan.
Sesi 5- Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bahan Bercetak Di Perpustakaan
Disampaikan oleh En. Mohamad Anuar Alias, Pembantu Pustakawan Kanan.
Sesi 6 – Penjilidan Bahan
Disampaikan oleh En. Sotar Wahab, Pembantu Pustakawan kanan.
Sesi 7 – Cadangan Pembelian Buku Silibus, dan E-book
Disampaikan oleh Puan Siti Norba’ayah Ahmad Zaini, Pembantu Pustakawan Kanan.
Sesi 8- Pemilihan Bahan Silibus dan Buku Waqaf
Disampaikan oleh Puan Widawati Ariffin, Pembantu Pustakawan Kanan.
Sesi 9 – “Niche” Collection – Kelulut Terengganu, dan Pengkatalogan Koleksi Perpustakaan
Disampaikan oleh Puan Norazimahwati Aris, Pembantu Pustakawan Kanan.
Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu telah menganjurkan Bengkel 1 Staf 1 Perkongsian: Sistem Perpustakaan Untuk Semua pada 30 November 2025, Ahad, bertempat di Makmal Ibu Saffar, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta kemahiran staf perpustakaan dalam penggunaan sistem maklumat, platform digital, serta peranan baharu dalam penyampaian perkhidmatan.









Bengkel ini menampilkan sembilan sesi perkongsian merangkumi pengenalan sistem OFA, peranan PRJ & PTRJ, kepentingan Institutional Repository, pendigitalan bahan arkib, pemeliharaan bahan bercetak, penjilidan, cadangan pembelian buku dan e-buku, pemilihan bahan silibus serta waqaf, serta perkongsian mengenai Koleksi “Niche” Kelulut Terengganu dan pengurusan pengkatalogan koleksi di perpustakaan.
Penganjuran ini bertujuan meningkatkan kompetensi digital, menggalakkan budaya perkongsian ilmu, memantapkan kerjasama dalaman serta menambah baik mutu perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna. Melalui konsep 1 Staf 1 Perkongsian, setiap peserta berpeluang menyampaikan idea, inovasi atau penambahbaikan berkaitan operasi perpustakaaan.
Secara keseluruhan, bengkel ini menjadi platform perkongsian yang penting dalam melahirkan staf perpustakaan yang berkemahiran dalam menyampaikan maklumat, proaktif dan bersedia menghadapi cabaran ekosistem perpustakaan moden.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.