Majlis Perasmian Pameran “The Authentic Diploma Show” Dan Pameran “Print With Nature” telah berlangsung pada 6 Ogos 2025, jam 2.30 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Muhamad Azim Suhaimi, Pembantu Pustakawan PTA, diikuti dengan ucapan aluan oleh Dr. Nani Hartina Ahmad selaku Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR). Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada wakil Perpustakaan Tengku Anis, Puan Nordelina Zulkarnain, Timbalan Ketua Pustakawan.






Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Prof. Dr. Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan dan seterusnya merasmikan majlis. Acara diteruskan dengan lawatan ke Pameran “The Authentic Diploma Show”, yang menampilkan hasil karya pelajar tahun akhir daripada program Diploma Seni Reka Tekstil (CAAD112) dan Seni Reka Logam Halus (CAAD113). Pameran ini mengetengahkan kreativiti dan kepakaran pelajar dalam bidang seni cetakan tekstil dan rekaan logam halus.






Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) atas kesudian berkolaborasi bersama Perpustakaan Tengku Anis dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasakan bidang seni dan akademik secara holistik.





Semua warga universiti dan orang ramai dijemput hadir untuk mengunjungi Pameran “The Authentic Diploma Show” yang berlangsung sehingga 28 Ogos 2025 dan Pameran “Print With Nature” sehingga 31 Ogos 2025 bertempat di Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang