Siri Post Mortem Ramadhan 1446/2025 : Kemenangan & Keberkatan Syawal

Pada 28 April 2025 (Isnin) bersamaan 29 Syawal 1446H, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu dengan kerjasama Unit Pentadbiran dan Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan mengadakan Siri Post Mortem Ramadhan 1446/2025 bersempena Majlis Hari Raya UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.  Ceramah yang bertajuk Kemenangan & Keberkatan Syawal bermula 09.30 pagi sehingga 10.30 pagi.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali merupakan Mantan Pegawai Agama Istana Terengganu, Personaliti TV dan radio, Penulis buku dan Penceramah. Program ini dijalankan secara bersemuka di Dewan Lestari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan secara atas talian menggunakan Facebook Unit Korporat UiTM Kampus Kuala Terengganu. Seramai 120 orang telah menyertai program yang dijalankan selama 1 jam. 

Perkongsian yang menarik dari Ustaz Haji Mohd Shukri mengenai amalan selepas Ramadhan dan hikmah pada bulan Syawal. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam telah menjalani ibadah puasa selama 30 hari tanpa rasa beban malah ia menjadi rutin. Sesungguhnya, Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. 

Semoga perkongsian ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada kita semua. 

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply