Merbok, 18 Jun 2025 – Program Exercise Your Brain with Drawing telah berjaya diadakan dengan tujuan melatih dan mengasah minda pelajar dan staf UiTM dalam mengingat dan keupayaan berfikir serta membantu dalam meningkatkan keupayaan bacaan pantas. Dalam era pendidikan yang semakin mencabar, keupayaan untuk mengingat dan menguasai maklumat secara berkesan menjadi satu keperluan penting bagi setiap warga. Program ini adalah untuk menyokong kepada KPI 5 Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu, melatih dan meningkatkan fungsi minda agar lebih cerdas dan aktif.





Pendaftaran peserta yang ingin sertai program.
Objektif utama program ini adalah untuk mengasah minda dan memori pelajar serta staf UiTM melalui aktiviti yang interaktif dan merangsang pemikiran. Selain itu, program ini turut bermatlamat meningkatkan daya ingatan dan hafalan mereka dengan menyediakan pelbagai latihan minda yang berkesan. Lebih daripada itu, inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan penggunaan bahan bacaan perpustakaan secara lebih meluas dalam kalangan seluruh warga UiTM, sekali gus memperkukuhkan budaya ilmu dan pembelajaran berterusan.






Peserta telah mendapat bahan yang perlu untuk dilukis.












Hasil daripada lukisan peserta.
Pada 18 Jun 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Exercise Your Brain with Drawing bersama warga UiTM Cawangan Kedah di Aras Bawah Perpustakaan Sultan Badlishah yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dikendalikan oleh beberapa orang kakitangan Seksyen Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah dan telah disertai oleh 44 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Kedah.
Secara keseluruhannya, program Exercise Your Brain with Crossword Puzzle anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) dengan kerjasama Kelab Bachelor of Library Science (BliBS) UiTM Cawangan Kedahtelah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program penganjuran bersama antara PSB dan BLiBS telah membuktikan keberkesanan kerjasama strategik dalam melahirkan program yang bermanfaat dan bermakna.
Penulis : Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi