Bengkel Literasi Maklumat bersama Pelajar Siswa Guru IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Tarikh : 30 April 2025, Rabu
Masa : 9.00 pagi- 2.00 petang
Tempat : Dewan Delima, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Anjuran : Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu; Kampus Dungun dan Kuala Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Ibnu Sina, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Penglibatan : 65 orang peserta

Bergambar kenangan bersama peserta program.

Ringkasan:

Pada 30 April 2025 (Rabu), seramai 65 orang peserta telah menyertai Bengkel Literasi Maklumat yang diadakan di Dewan Delima, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Program ini berlangsung dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang dan dianjurkan oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (Kampus Dungun & Kuala Terengganu) dengan kerjasama Perpustakaan Ibnu Sina IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Pengisian program merangkumi:

  1. Bengkel Pencarian Maklumat menggunakan Akses Terbuka oleh Cik Asmahani Abdullah (Pustakawan Kanan).
  2. Bengkel Bacaan Pantas oleh Puan Nur Maisari Che Anuar (Pustakawan).

Wakil dari Perpustakaan Ibnu Sina IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang turut hadir dalam program ini ialah En. Kamaruzaman Haron (Ketua Unit), Puan Shamsiah Deraman (Pustakawan), dan beberapa orang staf perpustakaan yang lain.

Di samping memenuhi keperluan inisiatif pembudayaan ilmu Perpustakaan UiTM kepada komuniti, tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan pelajar siswa guru, khususnya dalam akses maklumat terbuka dan teknik bacaan pantas.

Penyampaian cenderahati dari UiTMCT-IPGKDRI.

Semoga input yang disampaikan dapat membantu para peserta siswa guru untuk mendalami ilmu sekaligus menjadi warga pendidik yang berpengetahuan dan berdaya saing pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply