Lawatan Tanda Aras Kemudahan Augmented Reality dan Virtual Reality (AR&VR)

PTAR mengalu-alukan kehadiran Disaster Preparedness & Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur yang telah mengadakan lawatan tanda aras PTAR pada 06 April 2022 (Rabu) tepat jam 10:00 pagi.

Para pelawat telah disambut oleh Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan dan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan, Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR.

Lawatan seramai tiga (3) orang ini diketuai YBrs. Profesor Madya Sr. Dr. Siti Uzairiah, Timbalan Pengarah, turut diiringi dua pegawai iaitu Encik Muhammad Syahir, Penolong Pegawai Penyelidik dan Encik Muhammad Islah bin Sulaiman, Penolong Jurutera.

Selama dua (2) jam, para pelawat telah dibawa melihat kemudahan AR&VR berjumlah lapan (8) unit di bilik eSports, aras satu, PTAR disamping perkongsian pendapat dan maklumat berkaitan teknologi AR&VR. Para pelawat turut mempelajari teknik penggunaan peralatan AR&VR.

YBrs. Profesor Madya Sr Dr. Siti Uzairiah, Timbalan Pengarah DPPC sedang menggunakan kemudahan AR&VR

PTAR sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran telah menyediakan kemudahan AR&VR untuk kegunaan pelajar khususnya bidang Sains Komputer dan boleh diakses penggunaannya sewaktu perpustakaan beroperasi.

Taklimat lawatan telah disampaikan dengan baik oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar, Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR.

Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (berbaju merah) sedang menyampaikan taklimat lawatan.

Di penghujung lawatan ini, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai tanda penghargaan sepanjang lawatan ini berlangsung.

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman sedang menyampaikan cenderamata kepada YBrs. Profesor Madya Sr Dr. Siti Uzairiah

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply