Tarikh: 16 Mac 2025, Ahad
Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Penglibatan: Fasilitator Literasi Maklumat 2025
Penceramah: Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan
Pada 16 Mac 2025, Ahad yang lalu, telah diadakan satu sesi perkongsian bertajuk [In-House Training] Bengkel Training-of-Trainers Modul Literasi Maklumat bertempat di Makmal Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun, pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Bengkel selama tiga jam ini dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan, merupakan satu sesi perkongsian ilmu susulan daripada Bengkel Information Literacy Courses yang telah beliau hadiri pada hujung Februari yang lalu. Ianya disertai oleh semua fasilitator Modul Literasi Maklumat yang akan mengendalikan kelas literasi maklumat pada semester akan datang.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah sebagai sesi latihan yang diadakan untuk memberi panduan kepada semua peserta yang terlibat berkenaan pengisian, cara mengendalikan kelas literasi maklumat dengan efektif, dan kaedah pelaksanaan yang interaktif serta berkesan.
Pengisian bengkel ini adalah seperti berikut:-


Kesimpulannya, bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang modul literasi maklumat terkini perpustakaan, tetapi juga untuk menyediakan fasilitator literasi maklumat yang berkemahiran untuk mengajar, dan membimbing pelajar menguasai akses maklumat yang disediakan oleh pihak perpustakaan sekaligus menlahirkan graduan yang berdaya saing, dan berfikiran kritis bagi mendepani masa depan mereka dengan lebih baik.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.