PTAR mengekalkan ‘Audit Bersih’ bagi tahun ke-8

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya memperoleh Audit Bersih kali ke-8 berturut-turut sewaktu Audit Pengawasan (SV1) ISO 9001:2015 yang diadakan pada 23-24 Januari 2025 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, PTAR Undang-Undang dan PTAR Alam Bina. Pengumuman mengenainya telah dilakukan oleh Auditor Lloyds Encik Frederick Low sewaktu sesi penutupan audit pada jam 4:39 petang di Bilik Mesyuarat PTAR. 

Pada pagi Khamis sewaktu sesi pengauditan bermula Ketua Pustakawan telah menyampaikan ucapan mengalu-alukan proses pengauditan oleh auditor Lloyds ke atas sistem Kualiti Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam. Inisiatif mengekalkan pensijilan ISO yang dimulakan oleh perpustakaan sejak tahun 2006 adalah bukti jelas perpustakaan mengutamakan kualiti dalam keseluruhan sistem Perpustakaan UiTM. 

Sesi pengauditan telah dimulai dengan pembentangan laporan pencapaian beserta pembuktian yang diketuai oleh Timbalan Wakil Pengurusan Puan Nor Azwani Mohamad dan dibantu oleh Pengarah-Pengarah Bahagian.  Turut bersama terlibat dalam sesi pengauditan ini ialah: 

  1. Encik Ahmad Amiri Mohamad
  2. Encik Arshad Bujang 
  3. Puan Aznur Umiza Abu Kassim 
  4. Encik Ahamad Zuber Mohamed 
  5. Siti Aishah Sadan 
  6. Puan Norazlin Mohd Yusoff
  7. Puan Siti Salwa A. Rahman 
  8. Puan Hanani Rojikin 
  9. Puan Siti Rohayu Mohd Yusof 
  10. Encik Bahroni Moojee 
  11. Puan Ili Kaiyisah Abdul Rahman 
  12. PuanNorhamimi Othman 
  13. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli 

Auditor Lloyds Encik Frederick Low telah melakukan pengauditan mengikut kerangka Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kaedah temu bual bersama Pengarah Bahagian dan Ketua Perpustakaan Fakulti, pemerhatian dan lawatan tapak di kesemua lokasi perpustakaan terlibat. 

Pada Mac 2024 PTAR telah berjaya meraih pensijilan semula ISO 9001:2015 daripada Lloyds Register Malaysia buat kali ke-7 berturut-turut. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply