Program Bersama PSB Warga @ Lobi Pentadbiran UiTM Kedah

Merbok, 14 Februari 2025 – Program PSB Bersama Warga @ Lobi Pentadbiran UiTM Kedah merupakan inisiatif pembudayaan ilmu dan usaha daripada pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah untuk menyampaikan perkhidmatan perpustakaan kepada staf UiTM Cawangan Kedah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah promosi dan penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan perpustakaan yang boleh diakses menggunakan MyKM- PERMATA portal, tunjuk ajar penggunaan MyKM- PERMATA portal, tunjuk ajar pencarian bahan melalui PERMATA Search dan galakkan penggunaan sumber-sumber rujukan elektonik dan fizikal.

Objektif program adalah memberi pendedahan tentang kepentingan perkhidmatan perpustakaan digital yang terdapat di perpustakaan. Selain itu, memberi tunjuk ajar penggunaan perkhidmatan perpustakaan digital dan sistem baharu perpustakaan dan memberi galakkan dalam penggunaan dan sumber-sumber rujukan  yang disediakan oleh pihak perpustakaan sama ada dalam bentuk maya/elektronik ataupun fizikal.

Pada 12 dan 13 Februari 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program PSB Bersama Warga @ Lobi Pentadbiran UiTM Kedah. Program ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan serta Pembantu Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini telah mendapat sambutan penyertaan yang baik daripada staf UiTM Cawangan Kedah. Seramai 40 orang staf telah menyertai program ini.

Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply