25 Februari 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan sesi Meet & Greet bersama Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) di bilik Mesyuarat PTAR, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Sesi yang bermula pada jam 11.00 pagi ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara PTAR dan KPSK dalam usaha menyokong keperluan akademik serta penyelidikan warga kolej. Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil pengurusan PTAR, Ketua Pusat Pengajian KPSK iaitu Dr. Aznan bin Omar dan barisan pensyarah KPSK yang berminat untuk mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan perpustakaan.
PTAR telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan termasuk akses kepada sumber rujukan digital, perkhidmatan pinjaman bahan akademik serta ruang pembelajaran yang terkini. Selain itu, sesi dialog telah diadakan bagi membincangkan keperluan khusus pelajar dan pensyarah KPSK terutamanya dalam bidang seni kreatif. Maklum balas yang diterima akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan perpustakaan agar lebih relevan dengan keperluan pengguna.
Keseluruhannya, sesi Meet & Greet ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh hubungan antara PTAR dan KPSK. Kerjasama strategik ini dijangka dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan tenaga pengajar dalam mendapatkan bahan rujukan berkualiti serta sokongan akademik yang lebih efektif . PTAR berharap sesi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa selari dengan keperluan pengguna.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar