Pada 10 Januari 2025 (Jumaat), telah berlangsung satu program Khidmat Komunibersama penduduk setempat iaitu Program Hands Together for Humanist. Ini merupakan anjuran Kelab Recreation Leisure And Expedition (RELEX) dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu, Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM), Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pengkalan Kubur, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila. Program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Penglibatan program meliputi 5 orang Staf perpustakaan, 1 orang Pelajar LI, 3 orang guru dan 42 pelajar sekolah, 40 sukarelawan dan 20 orang komuniti.
Program ini telah dirasmikan oleh Haji Sheikh Ahmad Tajuddin Yusoff merupakan Pengerusi Komuniti Madani Parlimen Besut merangkap Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kota Putera dan wakil- wakil dari SMK Tembila, KRT Pengkalan Kubur, JPKKP Pengkalan dan UiTM.
Antara pengisianya ialah Gotong Royong bersama Komuniti, Bengkel Bacaan Pantas dan Aktiviti Challenge Trail bersama RELEX dan SULAM. Penglibatan ini mendapat sambutan baik daripada komuniti setempat untuk bersama-sama membersihkan sekitar Masjid Taman Ilmu yang merupakan tempat ibadah penduduk setempat.
Bengkel Bacaan Pantas
Bengkel Bacaan Pantas (Speed Reading) telah dijalankan bersama pelajar SMK Tembila yang dianjurkan oleh perpustakaan. En Faizulkarnain sebagai penceramah telah memberi penerangan mengenai kepantasan membaca dengan cara yang mudah dan efektif. Selain itu, aktiviti bacaan pantas turut dilaksanakan dan dibantu oleh Pn Salwa, Pn Mazliza dan En Jamal.
Semoga program khidmat komuniti yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan mengeratkan ukhuwah.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu