Lawatan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ke Festival Antarabangsa Seni Al-Quran Restu 2025

25 Januari 2025 – PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima undangan daripada Yayasan Restu Wilayah Utara untuk menghadiri Festival Antarabangsa Seni Al-Quran Restu 2025 di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam.

Ketibaan pihak PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah disambut mesra oleh Tuan Haji Azhar Amanullah, Pengarah STEM Quran Yayasan Restu Wilayah Utara dan Encik Anuar Omar, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Restu Wilayah Utara. Para peserta kemudiannya dibawa melawat reruai pameran yang menampilkan pelbagai elemen seni dan keilmuan Islam.

Antara yang menarik perhatian ialah Pameran Rehlah Baginda Rasulullah SAWPameran Mahabbah Al-Haramain, pameran projek khas STEM bersama pelajar dan guru, pameran jualan buku dan barangan lain yang menggambarkan kepelbagaian budaya Islam.

Lawatan ini memberi pengalaman bermakna kepada para peserta, terutamanya dalam mendalami nilai seni dan ilmu yang terkandung dalam tradisi Islam melalui karya Al-Quran selain menyelusuri sejarah Baginda Nabi Muhammad SAW.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply