Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Dan Arkib Siri 2 Bersama Bahagian Pejabat Bendahari

Merbok, 15 Januari 2025 – Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah telah menjalankan Sesi Libat Urus Unit Arkib Siri 2 bersama staf Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Kedah pada 15 Januari 2025 (Rabu) bermula jam 2:30 petang – 4:30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), UiTM Cawangan Kedah.

Objektif program adalah menyampaikan taklimat Format Surat Rasmi UiTM dan membantu PTJ dalam menyediakan surat rasmi yang mematuhi format yang telah ditetapkan. Membincangkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak PTJ berhubung beberapa perbincangan berkenaan pengurusan rekod ketika sesi siri 1 pada 25 Oktober 2024 yang lalu.

Perlaksanaan sesi ini telah dimulakan dengan penyampaian taklimat berkenaan Format Surat Rasmi UiTM dan seterusnya diteruskan dengan perbincangan mengenai tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak PTJ bagi menambahbaik amalan pengurusan rekod dan arkib. Sesi ini telah dihadiri oleh keseluruhan staf Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Kedah. Pihak Unit Arkib Cawangan mendapati PTJ berkenaan telah mengambil tindakan ke atas kesemua penemuan yang telah ditegur ketika siri 1 yang lalu. Pihak PTJ juga telah melaksanakan pengurusan dokumen terperingkat dan kaedah penghantaran dokumen terperingkat yang sewajarnya dilaksanakan.

Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply