Digital & Information Literacy

Merbok, 11 Januari 2025 – Penganjuran sesi perkongsian Digital and Information Literacy memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan tentang kaedah pencarian dan sistem yang digunapakai oleh pihak perpustakaan UiTM bagi memastikan sumber-sumber rujukan dan maklumat serta perkhidmatan perpustakaan dapat digunakan secara efektif oleh warga UiTM terutamanya pelajar dan pensyarah.

Objektif sesi perkongsian adalah untuk meningkatkan tahap literasi maklumat peserta dan memberi pendedahan mengenai penggunaan aplikasi perpustakaan digital secara meluas. Pendedahan cara pencarian maklumat yang lebih efektif melalui sesi perkongsian. Secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama, toleransi, dan saling menghormati melalui aktiviti berkumpulan. Ianya juga dapat membentuk peserta yang lebih berdaya saing, cekap dalam teknologi maklumat, dan bersikap positif dalam menjalankan tanggungjawab bersama.

Sesi perkongsian Puan Wan Rohani kepada para peserta.

Sesi perkongsian Digital and Information Literacy telah diadakan dengan jayanya pada 11 Januari 2025 (Sabtu) oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah. Ianya bersempena Program Sulam  KCDIM1105D yang dianjurkan oleh School Of Information Science College Of Computing, Informatics, And Mathematics. Ketua projek program ini ialah Nik Nur Ainun Nisa’ dan program ini telah diadakan di Dewan Seri Merbok, UiTM Cawangan Kedah serta dihadiri oleh seramai 33 orang pelajar daripada pelbagai bidang.

Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply