Sesi Perkongsian Administrative Staff International Job Showing, Vice Chancellor Special Project (VCSP P303): Korea Selatan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Sesi Perkongsian Administrative Staff International Job Showing, Vice Chancellor Special Project (VCSP P303): Korea Selatan pada 19 Januari 2025 yang telah dilakukan secara siaran langsung melalui platform saluran YouTube rasmi Perpustakaan Tengku Anis.

Sesi perkongsian Administrative Staff International Job Shadowing, Vice Chancellor Special Project adalah termasuk antara key performance indicator yang mesti dilaksanakan bagi tujuan memenafaatkan lawatan kerja ke beberapa buah universiti ke Korea Selatan yang telah dilaksanakan pada 23 November hingga 1 Disember 2024 yang lalu. Perkongsian adalah berkisar tentang diskusi dan lawatan ke tiga buah perpustakaan universiti di Korea Selatan iaitu Pohang University of Science and Technology, Pukyong National University dan Jeju National University.

Penawaran projek Khas Naib Canselor (VCSP) P303 bagi staf pentadbiran bagi program ‘International Job Shadowing’ adalah bagi calon yang telan menang Anugerah Pentadbir UiTM semasa Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM di Dewan Agong Tuanku Canselor pada Disember 2023 yang lalu.

Calon yang terpilih dari Kampus UiTM Kelantan ialah Dr. Muslim bin Ismail, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan. Jumlah ahli kumpulan projek VCSP ke Korea telah diketuai oleh Puan Hjh Rizadora Muhamad Arsad, Ketua Timbalan Pendaftar (UiTM Shah Alam), Ts. Salifairus Mohammad Jafar, Pegawai Sains Kanan (UiTM Shah Alam), Ts. Ahmad Farhan Mohd Fadzil, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (UiTM Shah Alam), dan Puan Anita Abu Kassim, Pegawai Psikologi Kanan (UITM Jengka).

Antara objektif perkongsian ini juga adalah:

  1. Berkongsi best practices dari diskusi dan lawatan perpustakaan Pohang University of Science & Techonolgy, Pukyong National Library dan Jeju National Library, Korea Selatan
  2. Melaksanakan sesi perkongsian lawatan ke Korea Selatan dari segi budaya dan ‘geo-tourism’ untuk manfaat pendengar
  3. Berkongsi idea-idea inovasi dan amalan terbaik dalam operasi perpustakaan
  4. Berkongsi tentang isu dan cabaran aspek kaunseling terutamanya berkaitan dengan kebajikan pelajar Malaysia di Korea Selatan

Perkongsian akan berkisar dengan diskusi dan isu yang dibincangkan dengan Soo Ahn Han, Pengarah Perpustakaan Tae-Joon Park, POSTECH, dan sesi lawatan ke perpustakaan Pukyong National Library dan Jeju National Library.

Sesi ini juga menjemput Puan Anita Abu Kassim, Pegawai Psikologi Kanan (UiTM Jengka) bagi berkongsi tentang isu dan cabaran kaunseling di universiti-universiti yang telah dilawati semasa di Pohang, Busan dan Jeju, Korea Selatan.

Sesi perkongsian ini telah ditonton lebih 800 tontonan di YouTube dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada penonton yang kebanyakkannya tertarik mengenai perkongsian International Job Shadowing ini.

Pautan rakaman siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=_zSS6jDcgTw

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply