Pada 28 November 2024, bertempat di Sudut AZKA @ Library Community Engagement, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menganjurkan Program Sembang Muamalat Siri 1 dengan topik Siapakah Penggerak Ekonomi Negara?
Program ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang dengan penceramah jemputan, Dr. Mohd Ariff Mohd Daud, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Program ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami peranan pelbagai pihak dalam pembangunan ekonomi negara.
Sembang maklumat bersama penceramah jemputan ini mengkhususkan pelajar Diplomat Muamalat dan juga umum, bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada peserta mengenai pihak-pihak yang berperanan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan, serta sektor pertanian dan perkhidmatan dikenal pasti sebagai penggerak utama yang saling melengkapi. Di samping itu, pelaburan asing, inovasi teknologi, dan peranan tenaga kerja turut memberi impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi.
Ceramah ini menekankan pentingnya kerjasama antara pelbagai pihak untuk memastikan kestabilan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga pelaksanaan program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.