A Talk of Cyberbullying Awareness: Be a Buddy, Not a Bully

Tarikh: 10 November 2024, Ahad
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Sudut AZKA@ Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun

Objektif program:
– Memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai definisi dan bentuk-bentuk buli siber yang kerap berlaku.
– Menyedarkan pelajar tentang kesan negatif buli siber terhadap mangsa, termasuk aspek psikologi, emosi, dan sosial.
– Mendidik pelajar mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri dari buli siber serta cara melaporkan kes buli yang berlaku.
– Menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih beretika dalam talian dan mengelakkan sebarang bentuk buli siber.

Penyampaian saguhati kepada penceramah.
Penyampaian Anugerah Cabutan Bertuah kepada peserta.

‘A Talk of Cyberbullying: Be a Buddy, Not a Bully’ merupakan sebuah program anjuran Kelab Students’ Knowledge and Technology Resources (SKATER) dan Kelab PROSIS. Program selama dua jam ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Talmizie Amron, Ketua Pusat Pengajian KPPIM, dengan pengisian yang menarik dan santai. Ceramah yang diadakan di Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun ini telah berjaya mencapai objektif utamanya dalam meningkatkan kesedaran pelajar UiTM Cawangan Terengganu terhadap isu buli siber. Program ini memberikan maklumat yang komprehensif tentang jenis-jenis buli siber serta kesannya yang mendalam terhadap kesejahteraan mental dan sosial mangsa. Pelajar turut didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan serta cara melaporkan insiden buli siber, yang mana dapat membantu mereka melindungi diri dalam dunia maya. Diharapkan program ini dapat menanamkan nilai empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar, sekali gus mewujudkan budaya komunikasi yang lebih positif dan beretika dalam kalangan masyarakat kampus.

Nota: Kelab SKATER merupakan sebuah kelab di bawah seliaan Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun.

Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply