Lawatan Kembara Ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sembrong Kluang, Johor

8 November 2024, Jumaat – Lawatan Kembara Ilmu yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sembrong, Kluang, Johor adalah satu usaha yang sangat penting dalam memupuk minat pelajar sekolah terhadap pendidikan tinggi dan kerjaya masa depan.

Taklimat Selangkah ke UiTM telah disampaikan oleh Encik Mohd Bakri Husain, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Melaka di Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program diteruskan dengan lawatan sekitar dalam PTAR yang dikendalikan oleh Puan Siti Aminah Ismail dan Puan Aidah Yazid , Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang telah terlibat dalam program ini.

Matlamat lawatan ini adalah dapat memberi pendedahan kepada pelajar sekolah suasana sebenar di universiti, dapat mengenal pasti pilihan kerjaya, dapat memberi motivasi dan inspirasi, memberi pendedahan kepada pelbagai sumber ilmu serta memastikan pengukuhan hubungan sekolah dengan universiti.

Inisiatif sebegini amat bermanfaat kerana ia memberi pendedahan peluang kepada pelajar sekolah untuk meneroka dunia akademik dan kerjaya dengan lebih jelas serta memberi bimbingan awal mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai impian mereka.

Sekitar taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Bakri Husain, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Melaka

Sekitar lawatan sedang dijalankan

Sekitar gambar kenangan guru dan pelajar sekolah

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply