5 November 2024, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menerima lawatan dari pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 21 orang pelajar dari kelas MMC 110 1A, semester Oktober 2024 hingga Februari 2025, turut serta Dr. Nur Shazana Abdul Rani, Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah terlibat dalam lawatan ini. Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, di Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Taklimat bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, di Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
Pelajar telah dibawa melawat ke ruangan SAC dan Aras 1, diiringi oleh Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Tertinggi, Puan Siti Aminah Ismail, Encik Azahar Nordin, Pustakawan Kanan, dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
Tujuan sesi ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan ringkas berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Perpustakaan, menambah pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar mengenai strategi pencarian maklumat yang betul dan berkesan. Staf Perpustakan mengiringi pelajar untuk melawat ke setiap sudut di dalam Perpustakaan. Selain itu, program ini juga bertujuan mempromosikan aktiviti perpustakaan, meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kemudahan yang disediakan, dan memupuk kemahiran literasi maklumat bagi menyokong pembelajaran serta penyelidikan mereka sepanjang tempoh pengajian.
Terima kasih di atas kesudian Dr. Nur Shazana Abdul Rani bersama pelajar bagi mendengar Taklimat Perpustakaan dan melawat PTAR.
Sekitar Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, di Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
Pelajar sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh penceramah
Sekitar lawatan sedang dijalankan
Sekitar sesi bergambar penceramah bersama pensyarah dan pelajar
Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka