Sesi Temu Bual Alumni Dewan Latehan RIDA

19 September 2024/ 15 Rabiulawal 1446H (Khamis)  

Seramai 8 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak telah terlibat dalam menjayakan sesi temu bual alumni Dewan Latehan RIDA (DLR) yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Kumpulan staf tersebut adalah: Asmah, Fikree, Azrry, Hazhar, Faisal, Farabie, Roszainatul dan Haizar.  

Di dalam sesi ini, seramai 20 orang alumni DLR yang hadir telah menjalani sesi pengkisahan sejarah lisan, perkongsian dokumentasi dan pengecaman nama pelajar DLR menerusi koleksi foto Bahagian Arkib Universiti, PTAR. 

Kumpulan alumni DLR tersebut adalah: Arphan Ahmad, Tuan Haji Mohd Kassim Salleh, Mohd Ridzuan Abdul Halim, Dato’ Sri Mohammad, Tuan Haji Shahrim Mohd Said, Tan Sri Dato’ Mohd Ibrahim Mohd Zain, Dato’ Sri Mohamed Abid, Tuan Haji Ami Salleh, Tuan Haji Muhammad Abdullah, Tuan Haji Shahriman Rahim, Nurul Kamariah Kassim, Mariam Ismail, Dato’ Sharifah Aminah Syed Ahmad, Maimunah Abdullah, Azizah Zahari dan Zubaidah Haji Hussein. 

Sesi pengumpulan dokumentasi merupakan anjuran Jawatankuasa Penghasilan Buku Alumni Dewan Latehan RIDA yang dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Madya Datin Sri Dr Nazura Mohamed Sayuti. Terdapat 3 jabatan UiTM terlibat dalam jawatankuasa ini iaitu PTAR, Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) dan Pusat Asasi UiTM Dengkil bertujuan bagi menerbitkan buku khas Alumni Dewan Latehan RIDA sempena sambutan 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti. 

Duduk (dari kiri): Nurul Kamariah Kassim, Mariam Ismail, Dato’ Sharifah Aminah Syed Ahmad, Maimunah Abdullah, Azizah Zahari dan Zubaidah Haji Hussein. 

Berdiri (dari kiri): Arphan Ahmad, Tuan Haji Mohd Kassim Salleh, Mohd Ridzuan Abdul Halim, Dato’ Sri Mohammad, Tuan Haji Shahrim Mohd Said, Tan Sri Dato’ Mohd Ibrahim Mohd Zain, Dato’ Sri Mohamed Abid, Tuan Haji Ami Salleh, Tuan Haji Muhammad Abdullah, Tuan Haji Shahriman Rahim. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply