Tarikh : 12 September 2024
Masa : 10.00 pagi β 1.00 petang
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
Peserta : Murid TABIKA KEMAS Jengka 11
Program Jelajah Ilmu Bersama Si Cilik @ PAB bersama murid TABIKA KEMAS Jengka 11, merupakan program lawatan pendidikan ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Program ini seiring dengan βSDG 4: Quality Educationβ dan βSDG 17 : Partnership for The Goalsβ, yang melibatkan seramai 39 orang terdiri daripada 18 orang murid dan 21 orang guru dan penjaga. Program ini dikendalikan oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki (Pustakawan).
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
AKTIVITI 1 β Ice Breaking (suai kenal) dijalankan untuk mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
AKTIVITI 2 – Library Tour dijalankan di dalam bangunan Perpustakaan Al-Bukhari bagi memperkenalkan ruang utama yang terdapat dalam bangunan perpustakaan.
AKTIVITI 3 β Dunia Warna β Warni merupakan aktiviti mewarna poster bersempena Hari Malaysia pada 16 September.
AKTIVITI 4 β Penyampaian Cenderamata kepada murid-murid TABIKA oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki.
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini. Semoga murid-murid dapat memupuk sikap minat membaca dan pendedahan awal dengan perpustakaan pada peringkat awal usia.
Ilmu bermanfaat dikongsikan bersama !
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan