BENGKEL SPEED READING

6 September 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan bengkel Speed Reading pada 29 Ogos 2024. Bengkel ini berjaya menarik penyertaan daripada 10 peserta terdiri daripada pelajar latihan industri perpustakaan peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Bengkel ini turut disertai oleh barisan Pustakawan yang diketuai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.

Bengkel ini disampaikan oleh Encik Akhimullah Azmi, Pembantu Pustakawan dan dibantu oleh Encik Mohd Azhari bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan. Fokus utama bengkel adalah teknik bacaan pantas termasuk kaedah fiksasi mata, penggunaan jari sebagai panduan dan penggunaan kad indeks. Selain itu, peserta turut berpeluang menjalani latihan bacaan pantas serta kuiz untuk menguji pemahaman mereka.

Para peserta bengkel memberi maklum balas positif mengenai keberkesanan program ini. Mereka menyatakan bahawa bengkel ini amat berguna dalam membantu mereka melaksanakan tugas harian dengan lebih cekap khususnya dalam meningkatkan kelajuan dan kualiti bacaan mereka.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply