1 Staf 1 Buku : Resensi@PTAR

7 Ogos 2024 – PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program 1 Staf 1 Buku : Resensi@PTAR di Bilik Mesyuarat PTAR. Program yang dihadiri oleh staf- staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh serta para pelajar latihan industri di perpustakaan ini bertujuan untuk menyemarakkan amalan membaca sebagai gaya hidup. Selain itu, ia juga untuk menggalakkan staf perpustakaan membuat pinjaman buku di perpustakaan dan memanfaatkan bahan bacaan yang ada di perpustakaan. 

Seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan pelajar latihan industri dijemput untuk membuat perkongsian bahan bacaan masing-masing iaitu Puan Nur Azriena Yusuf, Puan Haslina Hamid dan Cik Rabiatul Adawiyah Sanusi. Sesi selama 1 jam ini diharapkan dapat memberi manfaat seterusnya menjadi platform perkongsian ilmu dalam kalangan staf perpustakaan.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply