Program Literasi Maklumat di Pusat Sumber To’ Puan Seri Halina, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus

Tarikh: 29 Julai 2024, Isnin.
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah (PSS) To’Puan Seri Halina, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus.


Objektif program:
– Memberi panduan pengurusan koleksi yang betul kepada Pengawas Pusat Sumber SK Kompleks Seberang Takir.
– Mewujudkan persekitaran pusat sumber yang menarik yang boleh menarik minat pengunjung untuk membaca melalui penganjuran aktiviti di Pusat Sumber SK Kompleks Seberang Takir.
– Mewujudkan kerjasama yang baik dengan sekolah dan komuniti melalui penganjuran program perkongsian ilmu.
– Menyokong pencapaian petunjuk prestasi yang berkaitan iaitu:-
PI075 UiTM Cawangan Terengganu: Number of University Social Responsibility programmes (USR).
KPI 5 Perpustakaan UiTM: Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu – Kerjasama Komuniti Perpustakaan & Program Literasi Maklumat di Sekolah

Ringkasan:
Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu Kampus Dungun telah mengadakan Program Literasi Maklumat di Pusat Sumber Sekolah (PSS) To’Puan Seri Halina, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, yang melibatkan seramai 45 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dari Tahun 3 hingga Tahun 6, bersama 3 orang guru pengiring.

Pengisian program dimulakan dengan Sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh En. Ahmad Fathi Azhari Azmi, Pembantu Pustakawan.

Bengkel Bacaan Pantas kemudian dikendalikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Instruktor, dibantu oleh En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Fasilitator.

Ianya disusuli dengan slot taklimat dan latihan amali pengkatalogan dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan dalam pengisian Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber. Dibantu oleh Puan Ayuzawahie Amran, Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Fasilitator.


Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply