Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Ilmu: Literasi Maklumat Membentuk Adiwangsa

Jumaat,
7 Zulhijjah 1445H,
14 Jun 2024M:

Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Ilmu: Literasi Maklumat Membentuk Adiwangsa telah diadakan pada: 

Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat) 
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (SKSB)

Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) YBrs. Amer Shakir Zainol telah sudi menyempurnakan majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA Shah Alam YBrs. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Guru Besar SKSB YBrs. Encik Mohd Arif bin Abd Muis. 

Buat julung kalinya, sistem CERDAS atau Capaian Pantas, Perekodan Mudah dan Analisa Bacaan Sepunya diperkenalkan. Objektif pembangunan sistem CERDAS ialah melahirkan generasi cerdas maklumat yang boleh membantu merealisasikan aspirasi negara. Sistem CERDAS yang lahir hasil kepakaran staf PTAR berfungsi merekod dan menganalisa data bacaan warga SKSB dengan cekap dan berkesan. 

Majlis ini juga menyaksikan upacara menandatangani sijil Kerjasama Pintar antara UiTM dan SKSB. Jalinan Kerjasama Pintar adalah kerjasama strategik oleh kedua-dua pihak dalam aktiviti pembudayaan membaca di peringkat komuniti SKSB. 

Sebagai penghargaan atas jalinan kerjasama yang amat bermakna, PTAR telah menyumbang sejumlah RM500.00 untuk program pembangunan sekolah beserta 300 naskah buku bagi kegunaan Pusat Sumber SKSB. 

Dianjurkan oleh SKSB, majlis yang berlangsung dengan penuh meriah telah dihadiri seramai 300 orang yang terdiri daripada barisan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Klang, staf PTAR, barisan pentadbir SKSB, ahli-ahli PIBG dan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SKSB. 

Majlis Pelancaran


Pra-Pelancaran

PTAR Shah Alam

Leave a Reply