PROGRAM WAKAF BUKU 7.0

Pada 20 Mei 2024, pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang telah membuat sumbangan buku wakaf (Wakaf Buku 7.0) kepada MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAZALI SHAFIE (MRSM TGS). Sumbangan bahan bacaan bagi melengkapkan sudut bacaan bagi kempen membaca yang akan diadakan. Semoga sumbangan ini dapat meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar dan memperkayakan sudut bacaan MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAZALI SHAFIE (MRSM TGS) dengan pelbagai jenis bahan bacaan yang relevan serta berkualiti.

Melalui sesi ini diharapkan jaringan kerjasama dan ukhwah yang terjalin antara dua pihak dapat dikekalkan melalui kolaborasi bagi program di masa hadapan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education dan SDG17: Partnerships for the Goals.

Semoga usaha murni melalui program ini mendatangkan seribu rahmat kepada semua pihak.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply