Program Mobile Library PTAR Undang-Undang (PUU) di Bangunan Kenanga, Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan Fakulti Undang-Undang (FUU)

Pada 8 Mei dan 22 Mei 2024 yang lalu, PTAR Undang-Undang telah berjaya melaksanakan program Mobile Library di 2 lokasi iaitu Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan Fakulti Undang-Undang (FUU). Program Budaya Ilmu ini merupakan salah satu inisiatif perpustakaan untuk mendekati warga UiTM bagi membudayakan perkongsian ilmu yang tiada batasnya. En. Mohammad Zaid b. Mohd Shuhaimi, Pembantu Pustakawan PUU telah diberi kepercayaan untuk mengetuai program ini dan dibantu oleh Pn. Juniza Adenno, Pembantu Pustakawan Kanan dan En. Remie b. Salleh Uddin, Pembantu Pustakawan Kanan dan dipantau oleh En. Fariz Azuan b. Harun, Pembantu Pustakawan Tertinggi. Program yang diadakan di 2 lokasi ini telah menerima kehadiran hampir 60 orang yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Pusat Pengajian/ Fakulti. Sebanyak 88 buah naskhah buku juga telah dipinjam oleh pelajar dan staf di sekitar 2 lokasi ini.

PTAR Undang-Undang juga berbesar hati menerima sumbangan hadiah berupa buku yang telah dihasilkan sepenuhnya oleh pensyarah Fakulti Undang-Undang, Dr. Diyana bt. Sulaiman.

Hanani Rojikin PUU Shah Alam

Leave a Reply