30 April 2024, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Taklimat Perpustakaan: Introduction to Information Skills bagi pelajar semester 1 Diploma Komunikasi Media (MC110), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Taklimat diadakan secara bersemuka di Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bagi sesi 1 bermula 10.30 pagi hingga 11.30 pagi, sesi 2 bermula 3.00 petang hingga 4.00 petang. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus Zakaria, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Sumber Rujukan Universiti, Puan Shahida Talip, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Aidah Yazid, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan dan Perancangan Strategik, serta Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Sokongan Penyelidikan, Rujukan dan Korporat , PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 51 orang pelajar Diploma Komunikasi Media (MC110) / MC110 1A dan MMC 110 1B, telah terlibat dalam taklimat tersebut, turut serta Puan Siti Nur Farrah Faadiah Ab Ghani, Koordinator dan Puan Zuliani Mohd Azni, Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan berkaitan penetapan subjek dan nombor panggilan buku, pencarian buku melalui OPAC, pengaksesan bahan perpustakaan, perkhidmatan perpustakaan digital dan maklumat ISBN/ISSN kepada pelajar. Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat membantu para pelajar dalam mengakses maklumat dengan tepat, seterusnya mengakses perkhidmatan digital PTAR yang telah ditawarkan.
Sekitar taklimat sedang dijalankan
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka