🗓️Tarikh: 09 Mei 2024
⏰Masa: 8:00a.m. – 1:00p.m
📍Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
🔥 LDK 1 – Aktiviti 1 (Lead Your Time With Knowledge) Fasilitator menerangkan cara mencari “route KL – Kozan” kepada para peserta. Peserta diminta untuk mencari laluan dari KL ke Kozan dengan pantas secara berkumpulan atau individu.
🔥 LDK 2 – Aktiviti 1 (Leaders Are Readers – Speed Reading) Aktiviti Speed Reading bersama para peserta dijalankan dengan tujuan untuk menjimatkan masa pembaca menggunakan teknik- teknik tertentu. Antara tips membaca laju yang dikongsikan oleh fasilitator adalah: 🔸teknik jeda 🔸teknik stopper
🔥 LDK 3 – Aktiviti 1 (Communicate And Connect – Telefon karat) Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap perhatian peserta terhadap gerakan yang ditunjukkan oleh fasilitator.
🔥 LDK 4 – Aktiviti 1 (Work as Team With Knowledge – Bina piramid) Peserta diminta untuk membina piramid menggunakan bahan yang diberikan seperti cawan kertas, tali nylon bersama barang amanah (gelang getah).
SDG 4 : Quality Education serta SDG 17: Partnerships to achieve the Goal yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Selain itu, satu jalinan kolaborasi termeterai antara Sekolah Kebangsaan LKTP Kampung Awah Temerloh, Pahang dan Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19, Bandar Pusat Jengka, Pahang dengan pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Jalinan ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dua pihak melalui aktiviti dan program yang bakal dijalankan di masa akan datang seterusnya membantu dalam membangunkan potensi kecemerlangan pelajar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada peserta yang telah menyertai PROGRAM LITERASI SEKOLAH: LEADING WITH KNOWLEDGE di PERPUSTAKAAN AL BUKHARI.
Selamat maju jaya!
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan