Sesi ‘Book Review With Dr. Ilianis’ Sempena Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

Sempena program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjemput Dr. Nur Ilianis Adnan, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk mengadakan sesi ‘Book Review’ pada 23 April 2024. Sesi selama satu jam ini telah disertai oleh 25 orang pelajar dan staf UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.

Dr. Ilianis telah berkongsi bahan bacaan bertajuk ‘Think Like A Monk’ yang ditulis oleh Jay Shetty. Antara perkongisan menarik yang dikupas daripada buku ini ialah bagaimana penulis mengubah pengalamannya ketika menjadi sami menjadi nasihat dan latihan yang boleh mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus, memperbaiki hubungan, mengenal pasti kebolehan yang tersembunyi, meningkatkan disiplin diri dan menyumbang kepada dunia.

Sejurus selepas sesi ‘Book Review’, semua peserta telah sama-sama menjayakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang bermula jam 11.00 pagi. PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang berharap agar program seumpama ini dapat menggalakkan semua pengguna perpustakaan untuk membudayakan aktiviti membaca walau di mana mereka berada.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply