Hari Bertemu Pelanggan Unit Kerjaya dan Kaunseling

17 April 2024: Unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan di Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Seramai 2 orang pegawai dan 3 orang staf bersama 6 orang pelajar Latihan Industri dari Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Perak telah terlibat dalam program ini. Program ini telah dikelola oleh Puan Akmarina binti Abd Rani (Pegawai Psikologi Kanan) dan telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan serta khidmat nasihat tentang peluang kerjaya kepada para mahasiswa. Di samping itu, pelbagai aktiviti sukan rakyat dan permainan kerjaya telah dijalankan pada program ini. PTAR UiTM Cawangan Perak ingin merakamkan penghargaan kepada Unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply