4 Ramadan 1445H,
15 Mac 2024M:
Seramai 52 orang staf PTAR terdiri daripada Jawatankuasa EKSA PTAR dan wakil jabatan PTAR telah menghadiri sesi Road Tour Penjimatan dan Kecekapan Tenaga pada:
Tarikh: 15 Mac 2024 (Jumaat)
Masa: 10:30 – 11:30 pagi
Tempat: Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam
Selama satu jam, staf PTAR didedahkan dengan maklumat terkini berkenaan pengurusan tenaga yang cekap dan berkesan yang disampaikan oleh Ketua Unit Mekanikal, Elektrikal, Tenaga, Komunikasi & AV (META) Ts. Zainol Asri Abdul Sani dan Ketua Seksyen Pengurusan Tenaga Puan Rozana Mastar.
Road Tour ini adalah anjuran Seksyen Pengurusan Tenaga, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) UiTM Shah Alam.
Ts. Zainol Asri Abdul Sani
Puan Rozana Mastar