BENGKEL TATACARA PAPER MACHINE @ UiTM 2024

1 Mac 2024, Jumaat – Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan  Bengkel Tatacara Paper Machine@ UiTM Cawangan Melaka 2024. Taklimat dijalankan secara atas talian, menggunakan platform Cisco Webex, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dengan disertai seramai 55 orang peserta terdiri dari warga penyelidik UiTM Cawangan Melaka.

Pada sesi kali ini, taklimat sepenuhnya disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan dibantu oleh Dr. Raihah Aminuddin, Penyelaras Data Penerbitan, Unit JPU, Bahagian PJI, UiTM Cawangan Melaka selaku moderator. Tujuan bengkel ini diadakan bagi meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tatacara penggunaan Paper Machine yang lebih teratur dan sistematik seterusnya membantu penyelidik dalam menerbitkan bahan dengan menggunakan platform Paper Machine@ UiTM.

Setinggi terima kasih diucapkan kepada Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), atas jemputan serta Cik Hazlin Ibrahim Khan yang sudi menyampaikan taklimat. Semoga dengan adanya bengkel seperti ini dapat membantu warga penyelidik dalam menerbitkan artikel  serta bahan penulisan yang berimpak tinggi.

Sekitar bengkel sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply