Mendepani cabaran semasa dengan ilmu yang sedikit adalah sukar. Tambahan pula dengan ketiadaan maklumat tentang punca dan penyelesaian terbaik bagi mendepani isu semasa akan menambahkan beban cabaran di kalangan umat islam hari ini.
Pemilihan topik transgender sebagai topik tazkirah bulan Mac tahun 2022 adalah bertepatan sementelah negara disajikan dengan isu ini sejak tahun 2019. Ikon transgender seperti Sajat dan Lucinta Luna (sekadar menamakan) menambah kebimbangan masyarakat samada perlu dibantu atau dipinggirkan sahaja golongan ini.
Perkongsian ilmu transgender daripada sudut agama dan ditambah dengan pengalaman luas penceramah Ustazah Norfaizah Yahya telah menjadikan sesi tazkirah kali ini berbeza daripada sebelumnya. Ustazah Norfaizah telah menghuraikan permulaan isu transgender iaitu bermula dengan kaum Nabi Luth apabila perlakuan homoseksual berlaku dengan meluasnya. Ustazah Norfaizah turut menyorot kembali pengalaman beliau bertugas bersama golongan transgender telah mengundang tawa penonton.
Program tazkirah yang berlangsung selama satu jam menerusi atas talian turut berkongsi ilmu mengenai status golongan transgender di Malaysia, apakah hak yang sedang diperjuangkan dan kaedah pengendalian jenazah golongan ini. Sebelum program berakhir, dua soalan dikemukakan oleh penonton berkenaan kaedah terbaik berhadapan golongan trangender dan batasan aurat golongan ini.
Sejumlah 95 orang penonton telah menyertai program tazkirah ini yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Tazkirah PTAR. Program ini telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, pengerusi jawatankuasa tazkirah Encik Asraf Zamani bin Hazim, staf profesional dan staf sokongan. Puan Asmah Sabtu telah bertindak selaku pengacara program kali ini.
Penulis= Asmah Sabtu