Tarikh : 7 Julai 2023
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 – 12.00 tgh
Tempat : Perpustakaan Al- Bukhari UiTM Cawangan Pahang
Pada 7 Julai 2023 (Jumaat ) pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, berbesar hati menerima lawatan sambil belajar anak-anak Orang Asli dari SMK Tengku Kudin Raub Pahang .
Lawatan ini dianjurkan Kelab Student Of Indegenious People UiTM Cawangan Pahang, dengan nama program Menuju Puncak. Lawatan ini terdiri daripada 30 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan suasana pendidikan di peringkat universiti serta meningkatkan semangat anak-anak Orang Asli dari SMK Tengku Kudin Raub Pahang untuk terus menuntut ilmu.
Lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education serta SDG 17: Partnerships to achieve the Goal yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan