Satu bengkel memuat naik Laporan Teknikal hasilan projek perundingan dan lain-lain penerbitan telah diadakan di Bilik Al Haytham, Aras 8, Pengajian Kejuruteraan Elektrik pada 9 Jun 2023 bersamaan hari Selasa dari jam 9 pagi hingga jam 1:00 petang
Bengkel ini telah menjemput wakil dari PTAR1, Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof selaku penceramah undangan dan Puan Norhafizah Md Hanafiah sebagai pegawai pengiring serta Pegawai Perhubungan Perpustakaan bagi Kolej Pengajian Kejuruteraan iaitu Puan Rizana Mohd Radwan dari Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak (PKEJ)
Bengkel telah dihadiri oleh seramai 15 orang pensyarah dari Pengajian Kejuruteraan Elektrik yang bertanggungjawab memuatnaik Laporan Teknikal ke dalam sistem PRIME. Taklimat ini sedikit sebanyak telah membantu para penyelidik untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang garis panduan dan peraturan dalam memuatnaik bahan kategori Laporan Teknikal yang diharapkan dapat membantu mempermudahkan cara mendapatkan sasaran 100 muat naik bahan Laporan teknikal bagi Pengajian Kejuruteraan Elektrik pada 2023.